Penceramah didakwa menyamar peguam

Oleh – Syeikh Baran

Penceramah didakwa menyamar peguam

Seorang penceramah bebas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyamar sebagai peguam bela berkelayakan dengan menipu mangsa di Kompleks Mahkamah Seremban sejak 2021.



Tertuduh, Muhammad Syafiq Stewart Abdullah, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazni Nawi.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Syafiq Stewart didakwa telah menyatakan bahawa dirinya adalah seorang peguam bela dan peguam cara yang berkelayakan.

Oleh itu, tertuduh telah menipu dua mangsa lelaki dengan cara sedemikian.

Kesemua kesalahan itu dilakukan pada 18 November 2021 dan 2 Mac 2022 di Kompleks Mahkamah Seremban di sini.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 419 kanun yang sama.



Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker