PDRM juara Piala Agong, kecewakan Johor 43-29
PDRM juara Piala Agong, kecewakan Johor 43-29
Shah Alam: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertahankan kejuaraan apabila dengan mudah menewaskan Johor 43-29 pada perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong 2024 di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.
PDRM bermula garang mendahului 19 mata pada separuh masa pertama dengan melakukan tiga try dan dua conversion manakala Johor meraih 17 mata menerusi dua try, dua conversion serta satu sepakan penalti.
Pada separuh masa kedua, PDRM terus mempamerkan rentak cemerlangnya apabila berjaya melakukan tiga try serta tiga conversion dan terus meletakkan pasukan itu dengan 40 mata keseluruhan menjelang minit ke-55 perlawanan.
Johor kemudiannya mula bangkit untuk mengutip 29 mata pada minit ke-71 dan ke-75 apabila berjaya menghasil dua try serta satu conversion.
Namun, Johor menerima tamparan hebat pada minit ke-78 apabila seorang pemainnya dikenakan kad merah susulan pelanggaran dengan pemain PDRM, sekali gus diarahkan keluar padang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas
PDRM yang memperolehi penalti ekoran kesalahan yang dilakukan pemain Johor itu tidak mensia-siakan peluang untuk menambah tiga lagi mata, menjadikan kedudukan 43-29 sehingga tamat masa perlawanan
Sementara itu, bagi penentuan tempat ketiga dan empat, Terengganu menewaskan Selangor dengan keputusan 43-39.
PDRM selaku johan menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan Johor menerima RM15,000 manakala tempat ketiga RM10,000 dan keempat RM5,000.
Hariz Ezzat Hamidon dari PDRM dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta plak.
PDRM juara Piala Agong, kecewakan Johor 43-29
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan RSN Rayer Dan AMK Boleh Menggugat Kerjasama Kerajaan Perpaduan
- Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah
- Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET