Kedah rugi sebab tiada pelabuhan, lapangan terbang

Oleh – Syeikh Baran

Kedah rugi sebab tiada pelabuhan, lapangan terbang

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan Kedah kehilangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berbanding negeri lain kerana tidak mempunyai pelabuhan dan lapangan terbang kargo.



Kata beliau, keadaan itu berlaku meskipun negeri berjaya menarik pelaburan besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebanyak RM68.3 bilion pada 2021, diikuti RM13.1 bilion (2022) dan RM28.7 bilion (2023).

Menurut Muhammad Sanusi, ketiadaan infrastruktur penting itu mengakibatkan Kedah terlepas peluang mendapatkan peruntukan tambahan berdasarkan cukai yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ya, saya sebut banyak kali bila KDNK tidak mengambil kira produkiviti negeri ini tetapi produk itu dijumlahkan di mana ia dieksport. Untunglah negeri yang ada pelabuhan, ada lapangan terbang. Ia (hasil) tidak dijumlahkan sebagai KDNK kita, jadi KDNK orang lain padahal diproduksi di sini.

“Sebab itulah kita nak ada lapangan terbang dan pelabuhan. Lepas ini baru mereka tahu barang itu datang dari mana,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran The Greater Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu Kedah juga terlepas peluang mendapatkan bahagian peruntukan yang lebih tinggi daripada kerajaan berdasarkan kutipan cukai dari negeri-negeri.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker