Penganggur mengaku ceroboh kediaman milik Sultan Johor
Penganggur mengaku ceroboh kediaman milik Sultan Johor
BATU PAHAT: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini tuduhan menceroboh kediaman dan merosakkan harta benda milik Sultan Johor, bulan lalu.
Muhammad Qamarulazim Samad, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Qamarulazim didakwa memasuki kediaman yang juga rumah persinggahan milik Sultan Johor yang dijadikan tempat menyimpan harta, serta melakukan khianat dengan merosakkan kunci rumah di Jabatan Kerja Raya (JKR) 10, Jalan Kluang, di sini, jam 9.30 pagi, 23 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya.
Terdahulu, pihak pendakwaan turut mengemukakan laporan psikiatri dari Hospital Permai Johor Bahru berhubung status tertuduh sama ada perlu didakwa atau sebaliknya.
Selepas meneliti laporan itu, mahkamah mendapati tertuduh layak dibicara dan membuat pengakuan atas pertuduhan terhadapnya.
Mahkamah sama pada 6 Oktober lalu memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital terbabit selari Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.
Susulan pengakuan bersalah dibuat tertuduh, mahkamah menetapkan 21 November ini untuk sebutan semula bagi laporan sosial, fakta dan hukuman.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan perlu melapor diri di Balai Polis Parit Raja ada 1 dan 15 haribulan setiap bulan sehingga kes selesai.
Penganggur mengaku ceroboh kediaman milik Sultan Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak
You must be logged in to post a comment.