Najib memohon maaf bukan bermakna beliau bersalah – Haniff Khatri Abdulla
Najib memohon maaf bukan bermakna beliau bersalah – Haniff Khatri Abdulla
Malangnya, majoriti rakyat di negara ini tidak faham dari segi undang-undang.
Permohonan maaf Najib itu bukan secara menyeluruh.
“Orang ramai salah faham yang permohonan maaf itu adalah permohonan maaf menyeluruh,” kata Haniff.
“Najib tidak mengaku bersalah atas suatu jenayah. Dia mengakui kesilapan sebagai ketua, tapi tidak dapat menyedari dan tanpa pengetahuannya membenarkan keadaan itu berlaku. Jadi itulah permohonan maaf Najib,” kata Haniff.
Sebagai penyokong Najib, kita tertarik dengan pandangan dari Haniff.
Bukan seperti Tony Pua dan DAP, tetapi pandangan Haniff berlandaskan kepada undang-undang dan bersifat intelektul.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Dan Muhyiddin Selalu Ponteng, Wan Fahysal Tak Berangkah?
- Mudahnya Fadhli Shaari Lupa Tanggungjawab Sebagai Pembangkang
- Untuk Pengetahuan Wan Saiful, Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya
Namun komen Tony Pua bersifat menyindir, prejudis dan berprasangka negatif di samping menghasut fikiran orang awam supaya membenci Najib dan UMNO.
Malangnya pemimpin UMNO sejak berkawan dengan DAP bukan berani menegur tentang kebiadaban dan keceluparan Tony Pua yang bermulut puaka itu.
Sehubungan dengan itu, Haniff berkata, peraturan sub judice berkaitan batasan komen dan pendedahan mengenai prosiding mahkamah bagi mengelakkan prejudis ke atas isu yang sedang dibicarakan.
Kita merujuk kenyataan yang dibacakan oleh Nizar.
Najib membuat permohonan maaf atas skandal 1MDB yang berlaku ketika dia memimpin negara, namun kekal menyatakan dia tidak bersalah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuan Ibrahim dan anggota pembangkang lain perlu tingkatkan kualiti soalan.
- Tuan Ibrahim Sindir Warga PASTI?
- Mantan Ketua Hakim Negara Beri Teguran Keras Kepada Dr MAZA
Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik
Najib juga merujuk artikel terbitan The Edge awal bulan ini, yang memperincikan bagaimana Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid berpakat untuk menyelewengkan dana 1MDB.
Kita setuju dengan pandangan Haniff kerana pendapat beliau memberi kredit dan kelebihan terhadap Najib.
Sebagai Peguam, Haniff berkata, permohonan Najib selari dengan kenyataannya semasa perbicaraan SRC.
Najib berhak untuk merujuk kes Pegawai Petrosaudi di Switzerland sebagai sebahagian daripada kenyataannya.
“Ada yang akan kata ‘tidakkah Najib boleh bangkitkan keputusan PetroSaudi di mahkamah?”
Tetapi kata Haniff, kes itu dekarang sudah berada di peringkat yang berbeza.
“Untuk dia betul-betul merujuk kes PetroSaudi, Najib tidak boleh hanya merujuk kepada keputusannya tapi perlu, dari segi perundangan, membawa prosiding mahkamah Switzerland,” kata Haniff.
Haniff berkata, daripada mempersoalkan sama ada kenyataan Najib itu dianggap sub judice atau tidak, maka perkara ini perlu diberi tumpuan.
“Itu pun jika Najib dapat membawa kes Petrosaudi dalam perbicaraan 1MDB,” ujarnya.
“Jika secara undang-undang dia tidak boleh membawa kes itu ke mahkamah, maka ia bukan sub judice.
“Ini sama dengan analisis oleh The Edge. Itu adalah pendapat wartawan atau mungkin melalui sumber lain.
Pendapat tidak dapat menjadi bukti di mahkamah. Jadi Najib berhak merujuk kepada komen itu dalam kenyataan di luar mahkamah,” katanya lagi.
Haniff berkata, perkara ini tidak perlu dibuat kesimpulan dengan lebih awal.
Najib, yang kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dan berdepan beberapa lagi pendakwaan berkaitan 1MDB, mendakwa artikel The Edge menyokong kenyataanya bahawa dia telah diperdaya.
Bagaimanapun artikel The Edge yang disebut Najib tidak menyatakan dia tidak bersalah sepenuhnya.
Artikel itu ada menyatakan Najib tidak sedar penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB, tapi sekurang-kurangnya hanya sehingga 2010, dan berkenaan penyelewengan AS$1.5 bilion daripada bon yang diterbitkan pada 2009.
Kata Haniff lagi, dengan membuat analisis sebelum perbicaraan tamat, The Edge telah membuka ruang untuk kenyataan Najib.
Najib menyerahkan persoalan tentang gangguan daripada prosiding kepada pihak pendakwaan.
“Kita tunggu pihak pendakwaan memfailkan prosiding hina mahkamah dan biar mahkamah menentukan sama ada ia menghina atau tidak.
“Tetapi untuk orang awam, anda, saya dan lain-lain, yang tiba-tiba memberi komen tentang perkara ini, kita perlu faham bahawa proses undang-undang adalah adil.
“Sehingga pihak pendakwaan membuat keputusan, tidak adil bagi mana-mana orang awam untuk kata Najib salah kerana membuat kenyataan itu. Malah, saya katakan dia ada hak undang-undang untuk membuat kenyataan itu,” katanya lagi.
Komen Haniff adalah satu perkara yang positif dan boleh membuka minda untuk difikirkan dengan secara rasional, tetapi bukan bersikap biadab dan negatif seperti Tony Pua.
Seorang peguam iaitu Latheefa Koya juga didapati memberi komen dengan secara tidak adil terhadap Najib, malah Siti Kasim juga jika dia mengeluarkan pendapat, sudah tentu akan mengeruhkan lagi keadaan dan boleh menjatuhkan reputasi Najib – Zakaria Mohd.
Najib memohon maaf bukan bermakna beliau bersalah – Haniff Khatri Abdulla
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.