Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak
Mohon maaf Najib telah disalah faham oleh banyak pihak
Benar, Datuk Seri Najib Razak telah memohon maaf atas kecelaruan dan kesusahan yang dibawa oleh 1MDB.
Mohon maaf ini yang dibuat melalui sidang media yang di lakukan melalui anak DSNR Datuk Nizar Razak.
Tidak sampai sehari ucapan mohon maaf itu diucapkan, sudah ada pihak mengambil kesempatan dengan menyatakan DSNR mohon maaf dan mengaku kesalahan perbuatan yang didakwa terhadap nya.
Sedangkan maaf diminta bukan sebab mengaku melakukan seperti didakwa.
DSNR mohon maaf kerana beliau terlalu percaya kepada orang orang yang dilantik , kakitangan atasan yang akhir nya membawa huruhara kepada 1MDB.
DSNR juga mohon maaf atas kelakuan rasuah yang diambil oleh pegawai tinggi 1MDB yang beliau hanya tahu kemudian , ada juga didapati pegawai tinggi 1MDB yang bertuankan Jho Low dibelakang Najib.
Itu maksud mohon maaf dari DSNR.
Sudah ada tiktokers ternama dari puak penyokong pihak tertentu yang tersilap faham menyatakan jika Najib sudah mengaku salah maka harus mohon maaf kepada orang seperti Muhyiddin Yassin.
Ini semua mengarut dan tersasar.
Jika DSNR mengaku salah apa perlu berlawan dan berhujah dimahkamah?
Kenyataan DSNR sering di salah faham seperti apabila menyatakan “orang Melayu akan dibangsatkan jika UMNO tewas”, namun telah diselewengkan oleh pihak musuh dengan mendakwa “Najib kata Melayu bangsat”.
Perkataan “akan dibangsatkan” tidak disebut semata mata mahu fitnah Najib.
Kali inipun sama juga.
Terlalu ramai kaki spin yang tidak senang dengan DSNR.
Semua sudah tahu rupa bentuk kes Najib dimana mahkamah hanya bergantung kepada kenyataan saksi yang dijerut leher kerana ada kesalahan menerima rasuah.
Ini ditambah pula dengan saksi utama tiada didalam mahkamah untuk verified kenyataan saksi saksi yang sering memetik nama saksi utama .
Kes Najib juga terlalu banyak pincang dan tidak kemas, seolah olah mahu segera penjarakan Najib seperti yangdinyatakan oleh Tan Sri Shafie Abdullah.
Kes Najib juga tidak betul dan tidak adil seperti dinyatakan oleh Hakim paling kanan Datuk Rahman Sebli.
Apa pun yang utama, kenyataan mohon maaf Najib harus difaham sebagai orang yang bertanggung jawap dan memikul amanah itu.
DSNR bukan seperti individu tertentu yang lesapkan berpuluh bilion wang rakyat dan pulau milik rakyat tetapi masih ego tidak pernah mengaku salah dan perasaan dirinya betul.
Najib berjiwa besar.
You must be logged in to post a comment.