Wan Rosdy Puji Najib

Wan Rosdy Puji Najib

Wan Rosdy Puji Najib
Wan Rosdy Puji Najib

Najib dipuji oleh Wan Rosdy Wan Ismail kerana beliau berjiwa besar dan bersikap merendah diri.

Wan Rosdy berkata, Najib dengan ikhlas sanggup memohon maaf berhubung skandal 1MDB.

Katanya, Najib membuat kenyataan memohon maaf dengan “suci hati serta lahir dari sanubari” yang ikhlas.



Kenyataan Najib yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia bukanlah satu kenyataan meraih simpati, tetapi adalah satu tindakan berjiwa besar, sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang beliau percaya sebenarnya tidak dilakukan dan setelah diperdaya oleh mereka yang mengambil kesempatan,” kata Wan Rosdy.

Langkah Najib membuktikan beliau merupakan seorang yang bukan bersikap ego seperti Mahathir, Mahiaddin dan Daim.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal




 

Najib mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang istiqamah dalam perjuangan.

Kenyataan Najib boleh dinilai bahawa beliau sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kepentingan rakyat.

Saya juga berdoa dan berharap agar Najib dibebaskan dan keadilan yang sebenar dapat ditegakkan dengan membawa dalang kes 1MDB ke muka pengadilan,” kata Wan Rosdy.



Menerusi Nizar, Najib memohon maaf berhubung kecelaruan dalam 1MDB yang berlaku semasa dia menjadi Perdana Menteri.

Namun Najib menegaskan bahawa beliau tidak bersalah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik




Setiap hari, saya berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan saya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Najib kemudian menyebut artikel yang diterbitkan The Edge awal bulan ini, yang menunjukkan bagaimana Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid berpakat untuk menyelewengkan dana 1MDB.

Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun dan terlibat dalam prosiding undang-undang lain berkaitan 1MDB, mendakwa artikel itu menunjukkan dia ditipu.



Rumusan daripada artikel The Edge menyatakan Petrosaudi dan Jho Low bersubahat untuk memperdaya saya. Saya tak sedar Petrosaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan saya langsung tidak mengetahui saya telah menerima wang daripada dana yang dihantar oleh 1MDB kepada Petrosaudi.

Walaupun sukar untuk sesetengah pihak memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur percaya pada masa itu dana yang saya terima adalah sumbangan politik dari Arab Saudi,” katanya.

Kita yakin Najib bebas pada 30 Oktober 2024 – Zakaria Mohd.

Wan Rosdy Puji Najib

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker