Pasukan Liga A1 perlu penuhi syarat perlesenan

Pasukan Liga A1 perlu penuhi syarat perlesenan

Pasukan Liga A1 perlu penuhi syarat perlesenan
GIORGIO Pompili Rossi. -FOTO Arkib

Kuala Lumpur: Jurang antara pasukan Liga Super dan kelab yang bertanding dalam saingan Liga A1 Semi Pro cukup jauh dan ia perlu dirapatkan bagi membolehkan pasukan berkenaan memenuhi syarat pelesenan ditetapkan untuk menyertai Liga Super.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi, sistem piramid Liga Malaysia (Liga M) menyaksikan Liga A1 adalah saingan divisyen ketiga yang dilimpahi kelab-kelab amatur di bawah kendalian Liga Bolasepak Amatur (AFL).

Justeru, untuk layak ke Liga Super pasukan-pasukan di Liga A1 perlu memenuhi syarat perlesenan yang agak ketat.



“Saya harap begitu (akan adanya penambahan pasukan dalam Liga Super)…tapi dalam piramid bola sepak negara ketika ini, tidak mencapai standart sebenar.

“Dari divisyen pertama kita ada divisyen ketiga dan bukan divisyen kedua, dan itu struktur yang perlu dibaiki.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal




“Seperti saya katakan sebelum ini, bukan mudah nak ubah semuanya dalam masa terdekat,” katanya kepada Arena Metro.

Jelasnya lagi, beberapa usaha sudah dilakukan termasuk mengadakan bengkel kepada semua pasukan Liga A1 untuk bersiap sedia memenuhi kriteria pelesenan sekali gus bergelar sebuah kelab profesional.

“Ia langkah awal (bengkel) untuk mereka (kelab-kelab Liga A1) masuk ke divisyen pertama kerana adanya jurang cukup jauh antara AFL ke MFL babitkan tentang syarat liga yang perlu dipenuhi kelab,” katanya.

Pasukan Liga A1 perlu penuhi syarat perlesenan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker