Kes orang hilang kedua dalam tempoh 13 hari di Bentong
Kes orang hilang kedua dalam tempoh 13 hari di Bentong
BENTONG: Seorang wanita kaum Punjabi berusia 38 tahun, dilaporkan hilang oleh ibu saudaranya semalam, kes orang hilang (OH) kedua dalam tempoh 13 hari di daerah ini.
Wanita itu, Nardeep Kaur yang tinggal di No, 335, Taman Saga, dekat sini dilaporkan kehilangannya oleh ibu saudaranya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada jam 11.21 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita itu berkulit hitam manis, bertinggian kira-kira 153 sentimeter (sm) dan berat 75 kilogram (kg) serta berbadan sederhana.
“Pakaian terakhirnya sebelum dilapor hilang memakai berbaju kemeja T dan berseluar panjang.
“Sebelum ini, polis Bentong telah menerima laporan hilang seorang lelaki Melayu berusia 24 tahun yang dilaporkan hilang pada 11 Oktober lalu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Dan Muhyiddin Selalu Ponteng, Wan Fahysal Tak Berangkah?
- Mudahnya Fadhli Shaari Lupa Tanggungjawab Sebagai Pembangkang
- Untuk Pengetahuan Wan Saiful, Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya
Katanya lelaki itu, Khairul Amir Ismail dilaporkan hilang selepas kali terakhir berada di No. 297, Jalan TS 10, Taman Saga dekat sini.
“Mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2231999,” katanya.
Kes orang hilang kedua dalam tempoh 13 hari di Bentong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas