Dua rakan didakwa palsukan surat kelulusan anugerah darjah kebesaran Melaka
Dua rakan didakwa palsukan surat kelulusan anugerah darjah kebesaran Melaka
MELAKA: Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan berasingan menggunakan dan memalsukan surat kelulusan berkaitan anugerah darjah kebesaran Melaka bulan lalu.
Pendakwaan kedua-dua kes dijalankan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib.
Tertuduh, Mohd Nizam Abdul Ghani, 46, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan, manakala Shahrizan Sahauddin, 45, yang berdepan satu pertuduhan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, Mohd Nizam didakwa atas tiga pertuduhan iaitu menggunakan sebagai tulen satu surat kelulusan bagi Anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) atas nama tiga individu iaitu, Izhar Abd Kahar, Choong Seang Hai dan Kathar Ismail Mohamed Hanifah, yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu sudah dipalsukan dengan niat untuk menipu.
Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Matahari 7, Taman Paya Rumput Perdana, dalam daerah Melaka Tengah, pada 21 September lalu, kira-kira jam 11.06 malam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Dan Muhyiddin Selalu Ponteng, Wan Fahysal Tak Berangkah?
- Mudahnya Fadhli Shaari Lupa Tanggungjawab Sebagai Pembangkang
- Untuk Pengetahuan Wan Saiful, Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya
Mohd Nizam yang diwakili peguam Kent Tan Chow Teng didakwa melakukan kesalahan Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 468 kanun sama, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Berikutan tertuduh mengaku bersalah, Hanis Aliah mohon tarikh sebutan baharu ditetapkan bagi menyediakan fakta kes dan hukuman serta mencadangkan jaminan RM30,000 bagi semua pertuduhan.
Peguam merayu jaminan dikurangkan kerana tertuduh hanya bekerja kampung di Kulim, Kedah dengan pendapatan tidak menentu serta menanggung isteri dan empat anak serta ibu yang uzur berusia 80 tahun dan bapa mentua berusia 60 tahun.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Disember untuk fakta dan hukuman terhadap Mohd Nizam.
Sementara itu, Shahrizan berdepan tuduhan memalsukan surat kelulusan bagi anugerah D.P.S.M atas nama tiga individu sama di lokasi, masa dan pada tarikh sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuan Ibrahim dan anggota pembangkang lain perlu tingkatkan kualiti soalan.
- Tuan Ibrahim Sindir Warga PASTI?
- Mantan Ketua Hakim Negara Beri Teguran Keras Kepada Dr MAZA
Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hanis Aliah mencadangkan jaminan RM10,000, namun dirayu peguam Helmi Hasan dengan alasan anak guamnya bekerja di sebuah syarikat kargo dengan pendapatan RM2,950 sebulan serta menanggung isteri, tiga anak dan ibunya yang tinggal bersama di Seremban, Negeri Sembilan.
Katanya, tertuduh ditahan sejak 21 Oktober lalu dan percaya anak guamnya itu memberikan kerjasama baik dalam siasatan kes itu kepada polis.
Mahkamah membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Disember untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Dua rakan didakwa palsukan surat kelulusan anugerah darjah kebesaran Melaka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas