Angkat berat sedia galas tanggungjawab penyumbang pingat di Komanwel

Angkat berat sedia galas tanggungjawab penyumbang pingat di Komanwel

Angkat berat sedia galas tanggungjawab penyumbang pingat di Komanwel
ANIQ menjadi taruhan negara di Komanwel Glasgow. -FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Selepas badminton digugurkan daripada Sukan Komanwel Glasgow 2024, Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) kini bersedia menggalas tugas sebagai penyumbang utama pingat buat negara di temasya itu.

Presidennya, Datuk Ayub Rahmat ketika dihubungi turut meluahkan keyakinan bahawa atlet angkat berat negara mampu menyumbangkan empat atau lima emas di Komanwel itu nanti.

Untuk merealisasikan perkara itu, sokongan berterusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) amatlah diperlukan bagi memastikan atlet angkat berat negara kekal sebagai pencabar utama di temasya itu.



“Saya sudah beberapa kali sebut sebelum ini iaitu, kami sasarkan antara empat atau lima emas di Komanwel.

“Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk buktikan bahawa sukan yang kurang dipandang ini akan terus menyumbangkan pingat kepada negara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal




 

Ayub turut gembira bahawa usaha keras PABM selama ini termasuk mengeluarkan banyak wang saku sendiri untuk mengembangkan angkat berat akhirnya dihargai.

“Saya selalu sebut dalam sukan ini terutama jika ada temasya kita nak apa untuk negara – pingat atau popular, yang popular itu biarlah tapi yang untuk negara tentu kehendaknya adalah pingat, maka kerjalah seperti orang nak pingat.

“Jadi saya berusaha ke arah itu biarpun terpaksa mengeluarkan wang sendiri kerana itu amanah yang perlu saya laksanakan tapi biarlah ada keadilan dalam pengagihan dana,” katanya.



Untuk rekod pada temasya Komanwel 2022 Birmingham, England, angkat berat menyumbangkan dua emas dan satu perak daripada jumlah keseluruhan yang dicapai kontinjen negara iaitu tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa.

Emas disumbangkan oleh Aniq Kasdan dalam acara 55 kilogram (kg) dan Aznil Bidin (61kg).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik




Manakala pingat perak diraih Muhammad Erry Hidayat dalam kategori 73kg.

Terdahulu CGF mengesahkan Glasgow sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 namun hanya 10 sukan bakal dipertandingkan berbanding 19 sukan pada Komanwel 2022 di Birmingham.

Sukan disenaraikan ialah olahraga dan olahraga para, renang dan renang para, gimnastik artistik, berbasikal trek dan berbasikal trek para, bola jaring, angkat berat dan powerlifting, tinju, judo, boling dan boling para, bola keranjang 3×3 dan bola keranjang kerusi roda 3×3.

Terjun, memanah, badminton, kriket T20, hoki, mendayung, ragbi tujuh sepasukan dan skuasy antara sukan yang tidak akan dipertandingkan pada edisi kali ini.



 

Angkat berat sedia galas tanggungjawab penyumbang pingat di Komanwel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker