Villa ‘gayat’ di puncak carta elit Eropah
Villa ‘gayat’ di puncak carta elit Eropah
Birmingham, England: Pengurus Aston Villa Unai Emery berkata, belum masanya untuk penyokong menaruh harapan tinggi walaupun meraih tiga kemenangan tanpa bolos dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah pertama mereka selepas 41 tahun.
Skuadnya menewaskan Bologna 2-0 di Villa Park awal pagi tadi menerusi jaringan John McGinn danJhon Duran pada babak kedua yang melonjakkan mereka ke puncak carta liga 36 pasukan, kedudukan di luar jangkaan sebelum kempen bermula.
“Jika kami mengekalkan momentum dan prestasi seperti ini, sudah tentu kami boleh menukar objektif dan menduduki kelompok lapan teratas,” kata Emery.
“Tetapi tidaklah mengejutkan kerana kami beraksi sangat baik untuk terus mengutip mata dan kami mula rasa selesa.”
Lapan pasukan teratas dalam carta 36 pasukan layak automatik ke peringkat 16 manakala 16 yang lain beraksi dua playoff sebelum menyertai mereka di peringkat kalah mati.
Villa satu-satunya pasukan yang menang tiga perlawanan tanpa bolos setakat ini dengan sembilan lagi perlawanan berlangsung awal pagi esok.
Villa ‘gayat’ di puncak carta elit Eropah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuan Ibrahim Sindir Warga PASTI?
- Mantan Ketua Hakim Negara Beri Teguran Keras Kepada Dr MAZA
- Kehadiran Wan Ahmad Fayshal jadi isu di Parlimen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik