Gol sendiri bantu Arsenal atasi Shakhtar

Gol sendiri bantu Arsenal atasi Shakhtar

Gol sendiri bantu Arsenal atasi Shakhtar
MARTINELLI meraikan jaringan sendiri Shakhtar yang membolehkan Arsenal menang 1-0. FOTO Reuters

London: Arsenal memerlukan jaringan sendiri untuk menang 1-0 ke atas Shakhtar Donetsk awal pagi tadi, kemenangan kedua daripada tiga perlawanan Liga Juara-Juara Eropah sekali gus menebus kekalahan pertama mereka dalam saingan domestik pada Sabtu lalu.

Skuad tuan rumah terlepas penalti pada babak kedua dan membazirkan beberapa peluang tetapi realitinya mereka gagal beraksi pada tahap terbaik dan berdepan tekanan selepas diasak kelab Ukraine itu pada lewat permainan.

Arsenal yang tewas 0-2 di tangan Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu lalu bermula garang menerusi dua percubaan daripada Gabriel Martinelli dan Gabriel sebelum tuah memihak mereka pada minit ke-29



Rembatan rendah Martinelli terkena tiang sebelum melantun ke badan penjaga gol Shakhtar Dmytro Riznyk yang menerjah ke gawang sendiri untuk gol tunggal perlawanan.

Arsenal berpeluang menambah jaringan sebelum rehat tetapi kapten Shakhtar Mykola Matviyenko mengeluarkan bola di atas garisan gol hasil percubaan Kai Havertz.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hujah Pra Matang Najib Haters Mengenai Pindaan Tahanan Rumah




Leandro Trossard turut terlepas penalti babak kedua selepas bola terkena tangan pertahanan lawan dalam kotak penalti.

“Kami memiliki empat peluang terbaik (babak pertama). Kami sepatutnya memanfaatkannya untuk ‘membunuh’ perlawanan,” kata pengurus Arsenal Mikel Arteta kepada wartawan.

Babak kedua tampak lebih sukar, tambahnya. “Kami kelihatan letih, kurang tajam sama ada dengan bola atau tanpa bola.”

Kemenangan melonjakkan Arsenal dalam kelompok empat teratas dalam kalangan 36 pasukan sebelum aksi seterusnya menentang Inter Milan di tempat lawan manakala Shakhtar akan melayan kunjungan kelab Switzerland Young Boys di tempat sendiri.



Gol sendiri bantu Arsenal atasi Shakhtar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker