Empat ditahan bantu siasatan kes bunuh di Tapah
Oleh – Syeikh Baran
Empat suspek ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang lelaki India berumur 34 tahun dan mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki di sebuah rumah kongsi di Bidor di sini kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, susulan kes tersebut empat suspek iaitu dua warga tempatan berusia 33 dan 44 tahun serta dua warga Myanmar berusia 28 dan 37 tahun ditahan semalam dan hari ini bagi membantu siasatan.
“Polis menerima laporan daripada seorang perempuan India semalam yang menyatakan berlaku pergaduhan melibatkan suaminya dengan seorang suspek.
Katanya lagi, pada semalam dan hari ini empat suspek telah ditahan bagi membantu siasatan iaitu dua lelaki warga asing yang merupakan pekerja kilang dan menetap di rumah kongsi itu.
“Dua lelaki warga tempatan merupakan suspek utama turut ditahan. Semua mereka ditahan reman selama tujuh hari,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE