Ancelotti puji aksi hebat Vinicius

Ancelotti puji aksi hebat Vinicius

Ancelotti puji aksi hebat Vinicius
PENJAGA gol Dortmund gagal menyelamatkan rembatan Vinicius untuk gol keempat Madrid. FOTO Reuters

Madrid: Pengurus Real Madrid Carlo Ancelotti memuji aksi ‘luar biasa’ Vinicius Jr selepas penyerang Brazil itu mencipta hatrik pada babak kedua bagi membantu mereka bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum menang 5-2 ke atas Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Ancelotti ketika sidang media berkata, dia yakin pemain berusia 24 tahun itu akan memenangi anugerah Ballon d’Or selaku pemain terbaik dunia pada Isnin depan.

“Apa saya boleh katakan ialah jarang melihat pemain yang beraksi pada babak kedua seperti dilakukan Vinicius dan bukan tiga golnya tetapi kerana karakternya, dia luar biasa,” kata Ancelotti.



“Vinicius akan memenangi Ballon d’Or, bukan apa dilakukan malam ini tetapi apa yang dilakukan tahun lalu. Hatrik malam ini sudah dikira untuk anugerah tahun depan, itu sudah pasti. Dia pemain yang layak kerana dia boleh mencipta perubahan.”

“Kami kekal tenang selepas rehat. Kami menukar sistem dan dan kembali beraksi dengan lebih garang,” tambahnya lagi.



“Bercakap mengenai tiga gol mungkin nampak sukar, jadi kami lebih menumpukan aspek hantaran lebih tepat, menang persaingan ketika mendapatkan bola. Kami perlu lebih dinamik dan dari situ anda akan mula menang perlawanan.

“Kami agak longgar pada babak pertama, kurang bertenaga dalam perebutan bola tetapi pada babak kedua, kami lebih baik dan berkualiti. Ia aksi babak kedua terbaik buat kami musim ini.

“Kami perlu belajar daripada yang kami lakukan selepas rehat. Sasaran ialah memulakan perlawanan dan tidak menunggu mereka menambah gol. Saya tak fikir kami boleh beraksi 90 minit dengan intensiti pada babak kedua tetapi kami perlu lebih seimbang.”

Dalam perlawanan di Stadium Bernabeu itu, Dortmund mendahului dua gol sebelum rehat hasil jaringan Donyell Malen dan Jamie Gittens.



Namun juara bertahan kembali garang selepas rehat dan tandukan Antonio Ruediger merapatkan jurang sebelum Vinicius menyamakan kedudukan.

Lucas Vazquez meletakkan Real di depan pada minit ke-83 dan Vinicius melengkapkan kebangkitan pasukannya dengan menjaringkan dua gol lagi bagi membolehkan mereka terikat enam mata dengan Dortmund daripada tiga perlawanan.

Ancelotti puji aksi hebat Vinicius

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik




Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker