8 ditahan kes lelaki Pakistan maut ditikam dengan pemutar skru

 

Oleh – Syeikh Baran

8 ditahan kes lelaki Pakistan maut ditikam dengan pemutar skru



Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki Pakistan yang maut ditikam menggunakan pemutar skru di sebuah premis di Pulau Tikus, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 22 hingga 58 tahun itu ditahan di berhampiran lokasi kejadian awal pagi tadi.

“Kesemua mereka iaitu tujuh lelaki dan seorang wanita telah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman pagi ini bagi membantu siasatan.

“Mangsa maut bekerja sebagai tukang cuci dan polis sehingga kini masih memburu suspek utama kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki warga Pakistan maut selepas ditikam dalam satu kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam.



Mangsa berusia 48 tahun disahkan mati ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Jalan Dato Keramat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker