Tuchel sahut cabaran bawa pulang Piala Dunia ke England

Tuchel sahut cabaran bawa pulang Piala Dunia ke England

Tuchel sahut cabaran bawa pulang Piala Dunia ke England
TUCHEL pengendali baharu England. -FOTO AFP

London: Thomas Tuchel berkata, beliau harus menyahut cabaran untuk mengakhiri penantian England merangkul trofi utama pertama sejak 1966 apabila jurulatih Jerman itu diumumkan sebagai pengurus baru Three Lions semalam.

Bekas bos Chelsea, Tuchel akan memulakan tugas barunya mulai 1 Januari 2025 dengan kontrak selama 18 bulan hingga berakhirnya Piala Dunia 2026.

Pengendali berusia 51 tahun itu tidak bekerja sejak meninggalkan Bayern Munich pada akhir musim lalu, menggantikan Gareth Southgate sebagai jurulatih tetap dan menjadi pengurus ketiga bukan berasal daripada England selepas Sven-Goran Eriksson dan Fabio Capello.



“Saya tahu terdapat beberapa trofi yang hilang dalam persekutuan dan sudah tentu, saya ingin membantu mendapatkannya semula,” katanya dalam sidang media di Wembley.

Tuchel, yang juga pernah melatih Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain, kini akan berusaha menamatkan penantian selama 58 tahun memenangi kejohanan besar sejak Piala Dunia 1966 di tanah air.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor




Kemuncak karier pengendali Jerman itu dalam bola sepak Inggeris setakat ini adalah berjaya memenangi Liga Juara-Juara bersama Chelsea pada 2021.

Namun, langkah FA mengundang kritikan kerana keengganan mereka mempercayai seorang jurulatih Inggeris untuk jawatan tertinggi ini untuk mengawasi generasi pemain berbakat besar termasuk Jude Bellingham yang akan menjadi antara pilihan utama untuk Piala Dunia 2026.

“Ada beberapa soalan serius yang perlu dijawab oleh FA berkenaan dengan kejurulatihan Inggeris,” kata bekas kapten Manchester United dan pemain pertahanan England, Gary Neville.



Southgate meletak jawatan tidak lama selepas kalah dalam final Euro 2024 kepada Sepanyol pada bulan Julai, selepas lapan tahun mengendalikan pasukan itu dan menjadikan England sekali lagi sebagai kuasa dalam arena antarabangsa.

Tuchel sahut cabaran bawa pulang Piala Dunia ke England


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan di Naikkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker