Kalah bukan sebab penat- Izzuddin
Kalah bukan sebab penat- Izzuddin
Kuala Lumpur: Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menolak andaian keletihan punca ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Terbuka Denmark, hari ini.
Menurut kekalahan seawal pusingan pertama di tangan beregu Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh bukan disebabkan keletihan selepas beraksi di Finland minggu lepas.
“Kepenatan bukan alasan kekalahan hari ini. Sebenarnya itu bermaksud kami perlu memperbaiki terutama dari segi fizikal dan mental,” katanya.
Sebaliknya, Sze Fei akui lawan nyata lebih baik daripada yang disangka.
“Lawan kami bermain lebih baik hari ini,” kata Sze Fei menerusi rakaman audio dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor
Dalam saingan selama 32 minit itu, pasangan negara tewas 13-21, 13-21.
Dalam aksi beregu campuran pula, gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing melepasi halangan pusingan pertama selepas mengetepikan Ethan Van Luuwen-Chloe Birch dari England 21-7, 21-14.
Pasangan profesional negara itu akan berdepan sama ada pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun atau Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat dari Thailand yang beraksi dalam satu lagi perlawanan.
Kalah bukan sebab penat- Izzuddin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET