Geng Darshan samun pusat pencawang utama TNB tumpas

Oleh – Syeikh Baran

Geng Darshan samun pusat pencawang utama TNB tumpas

Polis menahan empat lelaki yang menyasarkan pusat pencawang utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Batang Kali sebagai lokasi samun di beberapa lokasi sekitar Bentong, Pahang kelmarin.



Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata selain tangkapan suspek berusia 20-an hingga 50-an, polis merampas pelbagai barangan dan kenderaan daripada kumpulan dikenali sebagai geng Darshan.

“Antaranya lori jenis Hino, pikap Ford Ranger, telefon bimbit, sarung dan gari serta peralatan pecah premis.

“Selain itu pembalut kabel bercetak TNB, kunci dan pakaian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, semakan mendapati suspek utama mempunyai rekod lampau jenayah manakala tiga lagi tiada rekod.



“Ujian air kencing suspek negatif. Semua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 21 Oktober ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395, Seksyen 397 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker