Tiada Keperluan Pertikaikan Penggunaan SOSMA Ke Atas Pemimpin GISBH

Tiada Keperluan Pertikaikan Penggunaan SOSMA Ke Atas Pemimpin GISBH

Tiada Keperluan Pertikaikan Penggunaan SOSMA Ke Atas Pemimpin GISBH

 

Beberapa ahli parlimen mempertikaikan tindakan polis menahan ahli kumpulan GISBH di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (SOSMA) 2012.

Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) menyifatkan tindakan seumpama itu tidak cermat.



Menurut beliau ia berikutan kumpulan itu bukan sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan elemen keganasan.

“Kami melihat ini satu keputusan (tindakan oleh PDRM) yang tidak cermat.”

“Sebab itu kita nasihatkan supaya jangan berlebihan, jangan keterlaluan, jamin keadilan pihak yang tertuduh,” kata Takiyuddin.

Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pula berkata, kumpulan itu mungkin bersalah kerana membawa fahaman yang menyeleweng daripada agama.



Namun mereka masih ada hak daripada sudut undang-undang negara.

“Apa justifikasi menggunakan SOSMA?”

“Adakah kesalahan macam ini, (maka) SOSMA boleh digunakan.”

“Maka sampai bila-bila SOSMA tidak akan dikaji balik, tidak akan dimansuhkan,” kata Hassan Karim.



Bagi menjawab persoalan itu, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution menjawab, justifikasi penggunaan SOSMA adalah kerana jumlah tangkapan ramai.

“Saiz tangkapan begitu ramai.”

“Kita akan minta reman.”

“Mahkamah bagi (tempoh reman) tujuh hari, tapi kita belum selesaikan (siasatan) lagi.”



“Sebab kita mahu libatkan 12 akta (seksyen siasatan).”

“Kita minta tambahan, mahkamah bagi tujuh (hari) lagi, ada bagi lima, ada bagi tiga.”

“Tak sempat habis (siasat) kerana jumlahnya ramai.”

“Kerana itu, bila kita lihat ada elemen yang dilakukan secara berkumpulan, kemudian melibatkan jenayah dianggap serius.”



“Kalau pemerdagagan orang itu, seriuslah.”

“Kemudian ada memberikan keuntungan material, kewangan, kuasa atau pengaruh.”

“Jadi ianya sesuai untuk kita gunakan Seksyen 130V Kanun Keseksaan bagi membolehkan selepas tamat tempoh reman, kita gunakan SOSMA,” jelas beliau.

Sebaik-baiknya, tidak perlulah ahli politik campurtangan atau cuba memeberikan tekanan dalam siasatan pihak polis.



Tidak ada keperluan untuk ahli politik campurtangan dalam perkara yang bersangkutan dengan siasatan.

Berikan pihak polis ruang dan peluang menamatkan siasatan tanpa sebarang tekanan dari pihak luar.

 

Tiada Keperluan Pertikaikan Penggunaan SOSMA Ke Atas Pemimpin GISBH

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker