Mesin basuh terkecil di dunia

Mesin basuh terkecil di dunia

Washington: Seorang lelaki dari India mempamerkan kemahiran kejuruteraan miniaturnya dengan mencipta mesin basuh terkecil di dunia yang berukuran hanya 1.28 inci panjang, 1.32 inci lebar, dan 1.52 inci tinggi.

Menurut United Press International (UPI), Rekod Dunia Guinness (GWR) mengesahkan bahawa mesin basuh hasil ciptaan Sebin Saji, yang lebih kecil daripada mainan haiwan peliharaan digital Tamagotchi, kini memegang gelaran sebagai mesin basuh terkecil di dunia.

Bagi memenuhi syarat rekod, Saji perlu membuktikan bahawa mesin basuhnya berfungsi dengan baik dan mampu menjalankan kitaran penuh – mencuci, membilas, dan mengeringkan.



Mesin basuh itu, yang diukur menggunakan angkup digital khas, hanya seberat 0.88 auns – melebihi berat dua biskut Oreo.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker