Guru arah pasukan sorak merangkak atas trek digantung tugas

Oleh – Syeikh Baran

Guru arah pasukan sorak merangkak atas trek digantung tugas

Seorang guru sekolah menengah di Texas digantung tugas selepas memaksa seluruh pasukan sorak merangkak di atas trek panas sehingga mereka mengalami kesan lecur yang teruk, lapor akhbar New York Post. 



Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) di Evans Middle School di Lubbock pada 9 Oktober lalu. 

Menurut pegawai tempatan, 13 gadis dihukum kerana membuat sorakan yang tidak disukai oleh jurulatih mereka pada satu perlawanan bola sepak. 

“Mereka diarah melakukan gerakan ‘beruang merangkak’ atau ‘jalan ketam’ pada jarak lebih 1 kilometer di atas trek ketika suhu mencecah 52 darjah Celsius.

“Semasa kejadian, gadis-gadis itu mula berasa sakit, menyebabkan mereka berhenti merangkak,” katanya. 



Seorang mangsa berkata, jurulatih tersebut turut mengancam mereka jika hukuman itu tidak diselesaikan. 

“Kami memberitahunya bahawa tangan kami melecur tetapi dia (jurulatih) tidak ambil peduli dan menyuruh kami untuk turun semula di trek,” tambahnya.

Beberapa mangsa menerima rawatan oleh jururawat di sekolah, manakala seorang lagi dibawa ke Universiti Perubatan Texas Tech.

Siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker