Dah kena sita pun masih beroperasi, kenapa kebal sangat?

Oleh – Syeikh Baran

Dah kena sita pun masih beroperasi, kenapa kebal sangat?

Dua kilang plastik di kawasan perindustrian Bukit Panchor, di sini yang disita sejak September lalu sekali lagi dikenakan tindakan selepas dikesan beroperasi seperti biasa, malam tadi.



Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye berkata, tindakan itu dilaksanakan menerusi satu operasi khas yang dijalankan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kadun Jawi.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima aduan berhubung bau pembakaran plastik yang mengganggu penduduk sekitar Bukit Panchor dan Nibong Tebal, sejak Mei lalu.

“Oleh itu, MBSP dan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JASPP) telah diminta untuk membuat siasatan dan pemantauan yang kerap dan ketat untuk mengenal pasti kilang yang menimbulkan kacau ganggu.

“Setelah siasatan dan pemantauan, JASPP telah menyita tiga premis kilang yang mengeluarkan bau kebakaran plastik pada bulan lalu. Namun, aduan masih diterima walaupun kilang-kilang tersebut telah disita,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.



Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jawi berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua daripada tiga premis tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa dan masih beroperasi seperti biasa.

Turut dikesan, salah sebuah premis itu beroperasi tanpa lesen, manakala selain amaran lisan dan nasihat, operasi kilang juga diarahkan berhenti serta-merta.

“Selain itu, dua kompaun telah dikeluarkan kepada pihak kilang susulan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan mempamerkan iklan tanpa lesen.

“Bagi premis kilang yang mempunyai lesen perniagaan, MBSP telah memberi amaran lisan tegas dan nasihat kepada pihak kilang selain operasi kilang turut dihentikan serta-merta,” katanya.



“MBSP akan serahkan laporan siasatan kepada JASPP. Selain itu, MBSP juga akan menarik balik lesen perniagaan premis kilang yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker