Syed Yazid akan segera pujuk pemain KL City
Syed Yazid akan segera pujuk pemain KL City
Kuala Lumpur: Syed Yazid Syed Omar yang dilantik sebagai presiden baharu Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) semalam akan melakukan pertemuan segera bersama pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) bagi memujuk untuk kekal bersama kelab itu.
Ia susulan dikhabarkan kemungkinan beberapa pemain KL City mengangkat kaki menyertai pasukan lain ekoran isu tunggakan gaji yang membelenggu skuad The City Boys sejak awal musim ini.
Lantas, Syed Yazid mengakui akan cuba sebaik mungkin termasuk memujuk pemain bagi meyakinkan mereka untuk tidak keluar daripada pasukan.
“Kebanyakan pemain sudah mengenali saya sejak 2017 dan selepas ini saya akan pujuk mereka dan akan berjumpa mereka dalam kadar segera untuk memastikan pemain kekal bersama KL City.
“Saya mahu mereka bersabar kerana kita dalam proses menyelesaikan isu tunggakan gaji dan saya mula bekerja hari ini terutama isu kewangan dan ia akan menjadi tugas utama saya sebagai presiden.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Namun begitu, saya perlu tengok dulu segala tunggakan gaji sebab ikutkan saya tidak tahu lagi berapa jumlah tunggakan gaji dan sebagainya, jadi saya perlu tengok dahulu dokumen yang ada,” katanya.
Semalam, Syed Yazid sah dilantik Presiden baharu KLFA selepas memenangi pemilihan dalam Kongres kali ke-35 dengan menewaskan pencabar yang juga Pemangku Presiden sebelum ini, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
Dalam perkembangan sama, Syed Yazid turut menjelaskan beberapa penaja bakal menyertai ‘pasukan pengurusannya’ untuk sama-sama berganding bahu menaikkan nama KL City FC.
Katanya, dia mempunyai pelan untuk memastikan isu kewangan tidak berulang dengan sudah menerima beberapa tawaran dari pelbagai pihak yang menyatakan minat.
“Sebenarnya sebelum saya dilantik menjadi presiden, saya sudah menyusun pelan apa yang akan dilakukan dan setakat dua minggu ini, saya ada terima tawaran dari agensi kerajaan dan swasta untuk menaja KL City sekiranya saya menang jawatan presiden dan ini adalah perkembangan yang baik,” katanya.
Syed Yazid Syed Omar yang dilantik sebagai presiden baharu Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati
- Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.