Rita Rudaini menggigil akhirnya genggam trofi ABPBH36 [VIDEO]

Hampir 30 tahun bergelar pelakon, ... Kemenangan rezeki anak-anak

Rita Rudaini menggigil akhirnya genggam trofi ABPBH36

Rita Rudaini menggigil akhirnya genggam trofi ABPBH36
Rita pertama kali memenangi anugerah sepanjang karier sebagai pelakon.

HAMPIR tiga dekad bergelar pelakon, Rita Rudaini menggigil saat namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Aktres Pembantu TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) pada malam Jumaat.

Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, menyifatkan kemenangan tersebut sebagai menumpang rezeki dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.

“Syukur Alhamdulillah, rezeki buat saya selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri seni.



“Saya percaya kemenangan ini adalah kerana rezeki saya bawa dua anak lelaki saya pada hari ini (semalam).

“Memang menggigil juga apabila diumumkan sebagai pemenang,” katanya kepada mStar.


Rita berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media ABPBH36 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Pernah tujuh kali tercalon di anugerah tersebut, Rita berjaya mengetepikan empat calon lain dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular iaitu Alya Iman, Amyza Aznan, Bella Hanna dan Puteri Sarah Liyana.

Tidak pernah mengharapkan sebarang pengiktirafan, Rita sebaliknya menganggap anugerah adalah bonus dalam karier seni.



Malah aktres itu seakan-akan tidak percaya namanya masih diingati peminat sehingga ramai mengundinya.

“Secara peribadi lakonan itu memang jiwa saya jadi saya okay sahaja kalau tak menang apa-apa. Tetapi, kemenangan ini adalah satu bonus untuk saya.

“Cuma saya paling takut kalau orang sudah lupakan saya tapi Alhamdulillah, ramai masih lagi kenal saya sampai sekarang,” ujarnya.

Sementara itu, Rita tidak menafikan kontroversi mengenai hal peribadi sedikit sebanyak membantu menaikkan nama dan mempengaruhi kemenangannya.



@anistaqwa

Tahniah #ritarudaini menang #abpbh36

♬ Kings & Queens – Ava Max

Rita Rudaini menggigil akhirnya genggam trofi ABPBH36
Rita anggap pengiktirafan diterima sebagai menumpang rezeki dua orang anaknya.

“Sebenarnya saya pelik juga bila setiap kali memuat naik status di Instagram saja akan meletup! Jadi tajuk media. Saya nak juga bercakap dan buat status macam orang lain.



“Kadang-kadang ada juga rasa nak menyepi tapi nanti rasa macam tak meriah pula media sosial. Cuma itulah, janganlah putar belit kenyataan saya,” katanya.

Untuk rekod, Rita pertama kali menceburi bidang seni dengan menjadi model muzik video penyanyi Rem pada 1997.

Kemudian Rita menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99 namun tewas kepada penyanyi Juliana Banos.

Rita Rudaini menggigil akhirnya genggam trofi ABPBH36


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker