Rosyam Nor selesai buat laporan polis
Bell Ngasri nafi terlibat sebar fitnah
Rosyam Nor selesai buat laporan polis
PELAKON Datuk Rosyam Nor selesai membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya difitnah.
Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Pudu pada petang Khamis.
Berkongsi perkara berkenaan, Rosyam atau Mohamed Nor Shamsuddin, 57, turut memuat naik keratan-keratan kenyataan fitnah yang dikeluarkan terhadapnya.
“Selesai buat laporan polis. Banyak pula akaun media sosial yang terlibat,” katanya.
Rosyam hadir bersama peguamnya Aizul Rohan.
Menerusi hantaran yang dibuat, apa yang menarik perhatian adalah sebuah akaun Facebook atas nama Bell Ngasri.
Tampil menjelaskan kekeliruan tersebut, Bell menjelaskan akaun berkenaan tidak sah dan sekadar menggunakan namanya.
“Bukan Facebook saya tu. Entah binatang spesies mana pakai nama saya. Sumpah tak tipu.
“Saya tak masuk campur hal orang lain. Jangan saman saya,” katanya.
Bukan Facebook saya tu. Entah binatang spesies mana pakai nama saya. Sumpah tak tipu.
BELL NGASRI
PELAKON
Malah dia turut berkongsi gambar bersama Fattah sebagai bukti hubungan baik mereka.
Terdahulu Rosyam memberitahu akan mengambil tindakan saman terhadap seorang wanita yang didakwa melempar fitnah terhadapnya di media sosial.
Kenyataan seolah-olah memberitahu aktor berkenaan pernah menasihati pelakon Fattah Amin sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Selepas penceraian Fattah bersama pelakon Fazura pada 7 Oktober lalu, tular semula rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang seorang isteri akan mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki lebih kekayaan.
Namun, dalam perbincangan itu, Rosyam tidak menganggap semua wanita berperangai begitu tetapi mendakwa kebanyakannya bersikap demikian.
Topik itu tiada kena mengena dengan senario kisah artis yang terpalit isu rumah tangga sebaliknya sekadar lontaran secara umum.
Rosyam Nor selesai buat laporan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET