Pertuduhan tiga anak lelaki Abuya ditangguh

Oleh – Syeikh Baran

Pertuduhan tiga anak lelaki Abuya ditangguh

Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan prosiding pertuduhan ke atas tiga anak lelaki Pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau Abuya ke satu tarikh baharu pada 19 Disember depan.



Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin membenarkan penangguhan itu selepas dipohon Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Melaka, Atras Mohamad Zin. Turut menyertai barisan pendakwaan ialah Norazita Mohd. Ali, Marina Muhammad dan Ahmad Faizul Ashar.

Tiga anak lelaki Abuya masing-masing berusia 38, 42 dan 45 tahun berdepan pertuduhan mempermainkan ayat al-Quran atau hadis dan menghina agama Islam, bulan lalu.

Atras dalam hujahnya berkata, terdapat tujuh lagi orang yang disyaki (OYDS) masih direman dan disiasat mengikut Seksyen 91 dibaca bersama Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Katanya, penangguhan tersebut membolehkan kesemua 10 OYDS dituduh pada tarikh yang sama.



“Pada dasarnya, pendakwaan telah memfailkan ketiga-tiga tertuduh dengan pertuduhan di bawah Seksyen 91 dibaca bersama Sekyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 pada hari ini.

“Memandangkan terdapat tujuh lagi OYDS yang kami yakin amat berkait dengan kes ini, kami mohon penangguhan pertuduhan ketiga-tiga OYDS untuk disekalikan bersama tujuh OYDS lain,” katanya.

Peguam Syarie, Mohd. Hafizuddin Ahmad Mispha dan Mohd. Faizal Mohamad yang mewakili kesemua tertuduh tidak membantah permohonan pendakwaan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pendakwaan dan mengarahkan setiap tertuduh dikenakan jaminan RM3,000 atau dua penjamin serta menetapkan 19 Disember depan sebagai tarikh pertuduhan baharu.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker