Perangkap Yang Tidak Di Sedari
Perangkap Yang Tidak Di Sedari
Podcast Yang Bakar Menteri antara Rafizi Ramli dan Lim Sian See telah menimbulkan perbincangan hangat antara penyokong masing-masing.
Bagi penyokong Rafizi, mereka mendakwa Rafizi telah berjaya menyempurnakan misi dengan sempurna.
Misi utama untuk mendedahkan identiti Lim Sian See berjaya mencapai matlamatnya.
Mungkin betul seperti dakwaan sebahagian penyokong Lim Sian See, tidak ada yang istimewa mengenai pendedahan itu.
Kerana mereka sudah mengetahui bahawa Eric See To dan Lim Sian See adalah individu yang sama.
Seperti kata Lim Sian See, sebenarnya Rafizi juga sudah mengetahui perkara itu.
Tetapi sebenarnya, ada sesuatu yang lebih besar yang ingin Rafizi dedahkan selain siapakah pemilik akaun yang bernama Lim Sian See.
Kalau kita perasan, beberapa kali Rafizi menekankan bahawa pemilik akaun palsu yang bernama Lim Sian See adalah admin kepada akaun rasmi DS Najib.
Selain itu, Rafizi juga tekankan bahawa pemilik akaun palsu yang bernama Lim Sian See adalah Timbalan Pengarah Strategik barisan Nasional.
Apa implikasinya?
Secara moralnya, ia menjejaskan reputasi dan kredibiliti DS Najib bahawa selama ini beliau menggunakan pemilik akaun palsu untuk menguruskan akaun rasmi beliau.
Benar, admin akaun rasmi DS Najib bukan hanya Lim Sian See.
Apa yang Rafizi mahu dedahkan ialah kredibiliti fakta yang ada di dalam akaun rasmi DS Najib boleh dipersoalkan.
Ia kerana dibuat dengan menggunakan oleh pemilik akaun palsu dan sekiranya terdapat kesilapan fakta tindakan undang-undang tidak boleh diambil.
Rafizi memberikan contoh tiada tindakan boleh diambil ke atas akaun palsu Papa Gomo.
Kerana walau pun laporan dibuat, tetapi tidak dapat dibuktikan bahawa Papa Gomo dan Wan Muhamad Azri adalah orang yang sama.
Maka tiada tindakan boleh diambil.
Dari sudut fakta, tidak dapat dinafikan Rafizi gagal menyangkal fakta yang dikemukakan oleh Lim Sian See.
Tetapi dari sudut moral, reputasi DS Najib dan Barisan Nasional sedikit sebanyak sudah tercalar.
Perangkap Yang Tidak Di Sedari
Di Syorkan Untuk Anda:
- PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota
- Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB
- Mahathir Mula Bantu Keluarga Malaysia Kuasai UMNO
You must be logged in to post a comment.