Emma Maembong dedah sudah bercerai
Sudah selesai jalani tempoh idah
Emma Maembong dedah sudah bercerai
PELAKON Emma Maembong mendedahkan dia dan suami iaitu Muhammad Shazli Azhar sudah pun bercerai secara baik.
Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata, dia juga sudah tamat melalui tempoh idah dan enggan memilih merahsiakan berita penceraian tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Kata Emma, tujuannya masih memuat naik foto bersama bekas suami hanyalah kerana memikirkan tentang anak-anak mereka.
Emma sudah tamat menjalani tempoh idah.
“Saya nak anak-anak saya melihat keluarganya masih bahagia,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota
- Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB
Dalam pada itu, Emma memberitahu meskipun sudah bercerai, dia dan bekas suami tetap menjalinkan hubungan baik demi membesarkan kedua-dua cahaya mata mereka.
Kongsi Emma, dia mengakui bukan mudah untuk menjalani kehidupan berumah tangga dan menganggap ujian yang diterima ini sebagai satu hikmah menjadi individu lebih baik.
“Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan perlu ditempuh. Walaupun sudah tidak bersama, hubungan kami masih baik.
“Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga anggap dugaan ini sebagai satu proses memperbaiki diri menjadi lebih baik.
“Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami,” ujarnya.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun.
Emma Maembong dedah sudah bercerai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memahami Lebih Baik Dari Di Fahami
- Perangkap Yang Tidak Di Sedari
- Pemangku Sultan Johor Sahkan Tindakan Sudah Di Ambil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir “phobia” bila dengar nama UMNO
You must be logged in to post a comment.