Pencarian harta karun tamat selepas 30 tahun

Pencarian harta karun tamat selepas 30 tahun

Pencarian harta karun tamat selepas 30 tahun
ARCA Golden Owl. FOTO Michel Becker

Paris: Pencarian harta karun besar-besaran yang dilancarkan di Perancis pada 1993, berakhir apabila hadiah Golden Owl (Burung Hantu Emas), ditemukan.

Penemuan itu menandakan berakhirnya pencarian selama tiga dekad di seluruh negara itu.

Misi pencarian itu juga memberi inspirasi kepada ribuan orang yang berusaha menyelesaikan teka-teki diberikan oleh lelaki yang sudah meninggal dunia.



“Kami mengesahkan replika Golden Owl ditemukan,” tulis Michel Becker, dalam forum Discord yang digunakan oleh peserta untuk bekerjasama dalam teka-teki itu.

Forum itu mempunyai lebih 7,000 peserta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah




“Jangan pergi menggali lagi,” kata Becker.

Golden Owl itu adalah replika kepada arca emas dan perak seberat 10 kilogram dan bertatahkan berlian. Ia ditanam di lokasi rahsia di Perancis pada April 1993.

Sesiapa yang berharap untuk menemukan arca ini perlu menyelesaikan 11 teka-teki yang diterbitkan dalam buku On The Trail Of The Golden Owl.

Apabila ditemukan, replika itu boleh ditukar dengan arca asal. Nilai arca itu pada 1993 dianggarkan bersamaan kira-kira 150,000 euro (kira-kira RM695,000).



Bagaimanapun, individu yang menemukannya perlu membuktikan bahawa mereka menyelesaikan semua teka-teki dan tidak menggunakan pengesan logam.

Pencarian harta karun Golden Owlyang sangat sukar itu diilhamkan oleh penulis pemasaran, Regis Hauser. Beliau menerbitkan buku di bawah nama pena Max Valentin untuk mengelakkan perhatian daripada peminat teka-teki.

Dia jarang muncul di khalayak ramai.

Becker mereka bentuk arca Golden Owl itu yang kemudiannya dihasilkan oleh tukang emas.



Beliau menguar-uarkan pencarian harta karun itu dalam wawancara di televisyen tanpa dirinya sendiri mengetahui di mana harta itu boleh ditemukan.

Pencarian harta karun tamat selepas 30 tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker