Aksi Perak, JDT ditunda lagi

Aksi Perak, JDT ditunda lagi

Aksi Perak, JDT ditunda lagi
PERLAWANAN tertunda aksi Liga Super antara Perak FC dengan JDT di Stadium Perak, Ipoh, malam ini ditunda buat kali kedua ekoran cuaca hujan. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

Ipoh: Perlawanan tertunda aksi Liga Super antara Perak FC dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, di sini, malam ini ditunda buat kali kedua ekoran cuaca hujan.

Perlawanan terakhir di stadium itu yang diharapkan menjadi kenangan indah kepada penyokong khususnya tuan rumah bertukar mendukacitakan.

Pada awalnya, pemain kedua-dua pasukan dapat menjalani sesi memanas badan dengan lancar walaupun keadaan padang agak berlecak disebabkan hujan lebat melanda Ipoh sejak petang tadi.

Bagaimanapun, sepak mula yang sepatutnya bermula jam 8.15 malam ditangguhkan sebanyak dua kali kepada 8.45 malam, seterusnya 9.15 malam oleh Komisioner Perlawanan Teoh Hee Loon memandangkan hujan masih belum berhenti.

Tepat jam 9.50 malam ketika tiada sebarang kelibat pemain kelihatan, pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlawanan ditangguhkan atas faktor cuaca dan keadaan padang yang tidak mengizinkan, serta MFL akan menentukan tarikh baharu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah


Ketika itu, skuad Seladang dan Harimau Selatan hanya sempat bermain dalam tempoh kurang empat minit sahaja.

Ini adalah perlawanan terakhir skuad Seladang di stadium itu sebelum berpindah ke Stadium Manjung bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf padang di Stadium Perak.

Melayan kunjungan pendahulu liga, skuad kendalian Yusri Che Lah kini berada pada tahap motivasi tinggi selepas memenangi tiga perlawanan terakhir yang menaikkan ‘ranking’ Perak ke tangga keempat liga.

 

Aksi Perak, JDT ditunda lagi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker