‘Status dah layak, boleh sambung berangan naik motor besar’

Oleh – Syeikh Baran

‘Status dah layak, boleh sambung berangan naik motor besar’

Ramai individu berkongsi tangkap layar memaparkan status permohonan mereka yang layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh di media sosial hari ini.



Rata-ratanya berterima kasih kepada pihak kerajaan selepas salah satu syarat kelayakan dilonggarkan sekali gus memberi peluang kedua kepada golongan yang mengimpikan menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, satu daripada syarat untuk Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B penuh iaitu individu mesti memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut telah dilonggarkan serta-merta.

Beliau berkata, mengambil kira maklum balas daripada orang ramai, perkara itu dibincangkan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli dan beliau bersetuju memudahkan lagi syarat tersebut.

“Syarat itu dilonggarkan serta-merta iaitu tempoh LLM hanya perlu aktif dan mencukupi 10 tahun ke atas dan tidak perlu secara 10 tahun berturut-turut (diumumkan sebelum ini),” katanya.



Semakan Kosmo! di Facebook dan laman X, ramai yang memuat naik tangkap layar semakan status kelayakan yang dibuat menerusi aplikasi MyJPJ.

Bagi individu yang layak, mereka akan menerima pemakluman seperti berikut. “Anda layak memohon Program Khas Peralihan CDL Kelas B. Laksanakan pendaftaran dan deklarasi kesihatan kendiri di mana-mana institut memandu terpilih”.

“Semalam tak lulus, lepas kerajaan longgarkan syarat, hari ini semak dah layak. Boleh sambung berangan naik motor besar pusing kampung,” kata Syukri.

“Alhamdulillah, akhirnya impian jadi kenyataan. Terima kasih kerajaan, menteri dan pihak berkaitan kerana dengan keluhan abang-abang ‘rider’ yang sedih sebab semak status tak layak kelmarin,” kata Mohd. Ajib.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker