Dapur ada najis tikus, 3 restoran di George Town diarah tutup

Oleh – Syeikh Baran

Dapur ada najis tikus, 3 restoran di George Town diarah tutup

Tiga lagi restoran yang beroperasi di pusat bandar ini diarah tutup selama 14 hari bermula semalam ekoran penemuan najis tikus di bahagian dapur premis berkenaan.



Menerusi kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Operasi Kebersihan yang dijalankan Jabatan Perlesenan ke atas premis makanan itu meliputi ruang penyimpanan bahan mentah, perkakas (utensil), dapur, peti sejuk, perangkap minyak (grease trap) dan sebagainya.

“Tiga premis makanan yang diperiksa ini telah diarahkan tutup operasi perniagaan selama 14 hari bermula 2 Oktober 2024 ekoran penemuan najis tikus di bahagian dapur.

“Sebanyak tiga Notis Tawaran Kompaun (NTK) dikeluarkan mengikut kesalahan di bawah peruntukan UUK 17(1) – Tidak Dapat Kemukakan Pemeriksaan Doktor, Seksyen 47(1) – Perangkap Minyak Tidak Disenggara Dengan Baik, dan UUK12(2) – Meletak Makanan Mentah Kurang Dari 20cm Dari Paras Lantai,” katanya di sini hari ini.

Dalam operasi tersebut, Ahli Majlis, Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Pengarah Perlesenan, Danny Koay Hock Hsiang turut memberi penerangan pendidikan awam kepada para pengusaha premis makanan terbabit untuk mengambil tindakan pembersihan sewajarnya.



“Kesemua pengusaha premis makanan tersebut boleh membuat rayuan pemeriksaan semula setelah mematuhi piawaian (SOP) Majlis dan memenuhi kriteria aspek kebersihan yang memuaskan sebelum premis dibenarkan beroperasi semula,” jelasnya.

Baru-baru ini, media melaporkan tiga buah restoran di pusat bandar George Town diarah tutup serta-merta selama 14 hari mulai 26 September ekoran penemuan najis tikus di kawasan dapur selain keadaan kebersihan premis tidak memuaskan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker