Felcra umum RM129 juta Keuntungan Boleh Agih Interim 2 tahun ini

Felcra umum RM129 juta Keuntungan Boleh Agih Interim 2 tahun ini

Felcra umum RM129 juta Keuntungan Boleh Agih Interim 2 tahun ini
Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Program Felcra MADANI: Santuni Rakyat di Dewan Serbaguna Chamek pada Khamis. Foto Bernama
KLUANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Keuntungan Boleh Agih Interim 2 Tahun 2024 Projek Peserta Felcra Berhad (Felcra) berjumlah RM129.81 juta.

Beliau berkata, agihan keuntungan itu akan dibayar secara berperingkat bermula hari ini dan memanfaatkan hampir 68,000 peserta di seluruh negara, melibatkan hampir 600 projek untung.

“Saya mengucapkan syabas kepada Felcra Berhad atas kejayaan mengekalkan prestasi yang baik iaitu kenaikan hampir RM82 juta atau 168 peratus berbanding prestasi tahun lepas.



“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Felcra (Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub) yang berjaya menggandakan keuntungan hasil kerjasama baik dengan pihak pengurusan tertinggi,” katanya semasa berucap pada program Felcra MADANI: Santuni Rakyat di Dewan Serbaguna Chamek di sini pada Khamis.

Justeru, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu percaya bahawa Felcra akan terus menjadi antara anak syarikat di bawah kementerian pimpinan beliau yang mempunyai keuntungan terbesar sekali gus memberi lebih keuntungan kepada peserta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai [VIDEO]




Ahmad Zahid juga berharap dalam tempoh 10 tahun akan datang, semua anak syarikat di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dapat terus memberikan sumbangan untuk menjalankan semua aktiviti serta berdikari tanpa peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Apa yang dilakukan oleh KKDW selama hampir dua tahun ialah kita ambil alih semua pentabiran… kita telah mengadakan tiga permukimam untuk membetulkan semua Lembaga Kemajuan Wilayah dan anak syarikat supaya mempunyai keuntungan.

“Saya telah nyatakan dalam permukiman ketiga bahawa dalam Lembaga Kemajuan Wilayah dan anak syarikat KKDW, tidak ada sebuah syarikat yang tidak mengalami keuntungan, menjadikan kita sebenarnya boleh berdikari untuk peroleh keuntungan,” katanya. – Bernama

Felcra umum RM129 juta Keuntungan Boleh Agih Interim 2 tahun ini



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Jangan Terlalu Yakin Di Mahkota




Gelagat Peminat Malaysia Teruja Jumpa Siti Nurhaliza Di Arab Saudi [VIDEO]

 



Zaquan Adha Bengang Ibunya Sakit Dikaitkan Dengan Rita Rudaini

 

Fattah Amin Kongsikan Momen Manis Bersama Nur Fatima Aisya Sebelum Sebutan Perceraian



 

Diana Danielle Pernah Disihir Semasa Kecil

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker