Kanak kanak lelaki tiga tahun disyaki didera, suami isteri direman 7 hari
Kanak kanak lelaki tiga tahun disyaki didera, suami isteri direman 7 hari
KLUANG: Suami dan isteri ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera terhadap anak lelaki mereka berusia tiga tahun.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kedua suspek berusia 20-an itu ditahan jam 1.50 pagi tadi di perkarangan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).
“Pada 24 September jam lebih kurang 9.50 malam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima panggilan telefon daripada seorang doktor di wad kecemasan HEBHK yang memaklumkan menerima seorang pesakit kanak-kanak tempatan.
“Pemeriksaan mendapati pesakit disyaki didera kerana terdapat beberapa kecederaan pada badan.
“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek tiada rekod kesalahan kes jenayah dan kes narkotik selain hasil saringan ujian air kencing didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Perlis Haramkan GISBH, Apa Pula Fatwa Untuk SIS
- Tiada Sebab Untuk PN Marah Dengan Tindakan Tegas JAIM
- Tun Mahathir meroyan , tapi tiada siapa pun melayan.
Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) akta Kanak-Kanak 2001.
“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau kedua-duanya,” katanya.
Dalam pada itu, tular di laman Facebook satu hantaran dari pemilik akaun bernama Joan Ng meminta pertolongan orang ramai supaya membantu mencari ahli keluarga kanak kanak malang itu.
Kanak kanak lelaki tiga tahun disyaki didera, suami isteri direman 7 hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapalah Yang Tergamak Buat Mahathir Marah
- DS Najib Hairan Kenapa Lembaga Pengarah SRC Tidak Pernah Dapatkan Pengesahan Beliau
- PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai [VIDEO]
Gelagat Peminat Malaysia Teruja Jumpa Siti Nurhaliza Di Arab Saudi [VIDEO]
Zaquan Adha Bengang Ibunya Sakit Dikaitkan Dengan Rita Rudaini
Fattah Amin Kongsikan Momen Manis Bersama Nur Fatima Aisya Sebelum Sebutan Perceraian