Dituduh ‘rampas Job’, ini jawab Bella Astillah

KUALA LUMPUR: Terkedu seketika artis sensasi, Bella Astillah apabila didakwa merampas ‘job’ pelakon lain dalam projek drama Satu Hari Nanti.

Daripada gosip bertebaran, Bella dikatakan menagih tawaran hingga pelakon yang didakwa lebih awal terpilih, dipinggirkan.

Mengakui tidak tahu menahu, Bella turut beristighfar kerana berita yang sampai ke telinganya benar-benar mengejutkan.

“Saya memang tidak tahu ada cerita konon saya terbabit dalam isu rampas ‘job’. Ini kali pertama saya dengar.

“Saya minta maaf kepada individu berkenaan, kalau ada yang kata saya rampas wataknya… Saya memang tidak diberitahu apa-apa mengenainya,” katanya kepada BH Online.

Tambah Bella atau nama penuh, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, apa yang diberitahu adalah berbeza dengan apa yang diperdebatkan netizen.

“Saya dimaklumkan penerbit, iQIYI, saya sepatutnya membawakan watak Marissa Safiyyah yang dilakonkan Eyka Farhana. Watak Aulia Jane dibawakan adalah milik Eyka, namun, berlaku perubahan.

“Perkara ini hanya membabitkan kami dan tiada pelakon lain,” katanya ditemui pada majlis sidang media drama rantaian, Satu Hari Nanti di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, ibu tunggal kepada sepasang cahaya mata itu belum bersedia untuk mengulas mengenai dakwaan kehadiran pelakon Muaz Zabir ke Konsert Jiwa Malaysia yang dijayakannya pada 7 September lalu.

Bella berjanji akan mengulas pada sidang media yang dianjurkan syarikat rakamannya, Universal Music Malaysia di ibu negara, pada 4 Oktober ini.

“Ada sesuatu yang hendak saya umumkan pada hari itu. Ia berkaitan dengan isu yang kalian tanya ini.

“Jadi, tolong datang pada hari itu kerana saya akan jelaskan segala-galanya. Saya takkan tipu,” katanya.

Meskipun mengenakan pelitup muka, kehadiran Muaz yang tampak ralit menyaksikan Bella menyanyikan lagu Terlalu Cinta yang dipopularkan Datuk Seri Rossa, disedari pihak media yang membuat liputan pada acara itu.

Sementara itu, Bella meluahkan rasa syukur apabila muncul antara 10 calon undian tertinggi setakat ini menerusi kategori Aktres TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.

“Rasa bersyukur bukan sahaja tercalon, tetapi berada dalam senarai 10 kedudukan tertinggi undian setakat ini.

“Saya anggap kejayaan awal ini adalah rezeki anak-anak. Hendak cakap perkara ini pun saya sudah berdebar. Mungkin peminat hendak beri saya semangat untuk buat yang terbaik.

“Saya tidak adalah berita yang menyebut saya suruh peminat mengundi. Tetapi, apabila lihat hasilnya, saya jadi kagum dengan semangat dan keterujaan mereka.

 

Bella bersama dua pertama hatinya. Foto IG Bella Astillah
Bella bersama dua pertama hatinya. Foto IG Bella Astillah

 

“Peminat tawar diri untuk buat poster kempen. Kesungguhan mereka memberi saya semangat untuk buat yang terbaik tanpa mengira besar atau kecil watak yang ditawarkan dalam mana-mana projek,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Bodyguard Fazura dedah Fattah disondol

Fazura fail cerai terhadap Fattah

‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’

Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker