Haramkan, kenakan hukuman paling berat jika GISBH ajar kanak-kanak meliwat – Akmal

Haramkan, kenakan hukuman paling berat jika GISBH ajar kanak-kanak meliwat – Akmal

Kerajaan wajar mempertimbangkan pengharaman pertubuhan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) serta terus menggempur dan menyiasat setiap cawangan rumah amalnya susulan kanak-kanak dan remaja disyaki menjadi mangsa eksploitasi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata pada masa sama, pihak berkuasa juga perlu mengenakan tindakan paling berat kepada pelakunya sekiranya benar penghuni rumah amal itu dididik dan diajar dengan cara meliwat.



Ini kerana dalam serbuan Ops Global yang dijalankan semalam di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan milik pertubuhan itu, modus operandinya mendapati penghuni dididik dengan kaedah berkenaan seterusnya mangsa diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.

“Jika benar ini berlaku (liwat) maka kerajaan sudah boleh mengharamkan pertubuhan ini dan hukuman yang paling berat perlu diberikan kepada si pelaku.

“Mohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat ataupun berada di dalam situasi sama mengenai perkara yang menyesatkan sebegini untuk jangan takut memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Kita mohon juga kepada pihak berkuasa untuk rempuh dan siasat setiap cawangan mereka dan memastikan perkara ini tidak berlaku di tempat lain juga. Perkara ini bukan ajaran Islam, ini sudah ajaran syaitan,” katanya dalam catatan Facebook, hari ini.



Dalam Op Global yang dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi semalam, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor dan di Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Mengulas cara operasi kumpulan itu, selain diliwat dan meliwat, Razarudin berkata, mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan mereka menjadi kritikal. BH



Haramkan, kenakan hukuman paling berat jika GISBH ajar kanak-kanak meliwat – Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja



Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari



Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker