Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis

Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis

Pelakon, Betty Benafee dan adiknya sudah dijelaskan mengenai status siasatan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), yang sebelum ini didakwa tidak diambil tindakan oleh pihak polis.

Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed, berkata pertemuan hari ini bukan untuk polis mengambil keterangan dua individu itu, sebaliknya pertemuan untuk penjelasan oleh pihak polis sahaja.



“Pertemuan pagi ini hanyalah bagi menjelaskan mengenai siasatan yang dilakukan sahaja,” katanya ringkas.

Betty dan adiknya Datuk Shakib Banafee sebelum ini dilapor dijemput polis ke Bukit Aman pagi ini.

Ia susulan dakwaan beberapa laporan kes berprofil tinggi yang dibuat mereka didakwa tidak diambil tindakan oleh pihak polis.

Kelmarin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan pelakon wanita, Betty Banafe berkaitan pihak polis tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan 14 laporan sejak dua tahun yang lalu.



Ramli ketika itu berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan satu hantaran video melalui aplikasi TikTok yang dibuat melalui akaun bettybanafee.

Beliau berkata, melalui video terbabit dinyatakan JSJK gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan polis yang dibuat oleh keluarga pelakon itu sejak dua tahun lalu.

“Berdasarkan semakan, 14 laporan polis itu dibuat oleh penama Shakib Abu Bakar Banafee (dipercayai adik kepada individu dalam video) dan empat penama lain yang berkaitan.

“Kesemua laporan polis tersebut disiasat dengan sewajarnya oleh pihak polis melalui dua kertas siasatan yang telah dibuka masing-masing di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.



Ramli berkata siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan telah pun selesai dan kes telah diputuskan ‘tiada tindakan lanjut atau NFA oleh Jabatan Peguam Negara pada Jun lalu.

Keputusan itu, katanya diputuskan selepas didapati tiada keterangan yang mencukupi untuk menimbulkan elemen kesalahan pecah amanah dalam kes berkenaan. BH

Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)



Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker