Sijil halal bantu perluas produk, bukan beban buat syarikat – Matrade

Sijil halal bantu perluas produk, bukan beban buat syarikat – Matrade

Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Reezal Merican Naina Merican, berkata pasaran produk dan perkhidmatan halal dijangka bernilai USD5 trilion pada 2030.



“Malaysia tampil sebagai peneraju dalam industri halal global, menetapkan standard kecemerlangan dan inovasi yang menjadi penanda aras.

Kepimpinan Malaysia dalam sektor ini sukar dipertikaikan, sentiasa menjangkau batas baharu dan meningkatkan piawaian di peringkat antarabangsa, katanya dalam catatan Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyatakan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan.

Sebagai perintis, Malaysia bukan saja memperkukuh kedudukannya sebagai pihak berkuasa yang dipercayai, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan ekonomi halal global, kata Reezal.



Kerjasama rapat antara Matrade dan Halal Development Corporation (HDC) memastikan produk halal Malaysia dikenali serta diterima di peringkat antarabangsa, seterusnya memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju utama dalam industri halal global.

“Menerusi pensijilan halal, peniaga Malaysia diberikan akses kepada pasaran global yang luas, merangkumi lebih 1.9 bilion pengguna Muslim di seluruh dunia atau mewakili 24% jumlah penduduk dunia.

Ini adalah peluang signifikan bagi peniaga untuk meningkatkan jualan dan memperluaskan jenama mereka.

Selain itu, beliau berkata, pensijilan itu membina kepercayaan dan keyakinan pengguna, penting dalam memacu peningkatan jualan.



Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa berusaha memastikan proses pensijilan halal adalah cekap dan mesra peniaga. Langkah-langkah telah diambil untuk memperbaiki proses ini agar tidak membebankan dari segi masa dan kos.

Pada masa sama, Reezal berkata, banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia menghasilkan produk halal untuk tujuan eksport, membuka peluang pekerjaan dan menambah nilai ekonomi negara.

Pensijilan ini mempermudahkan produk tempatan diterima di pasaran antarabangsa, yang menyumbang kepada peningkatan eksport negara.

“Malaysia telah menarik pelaburan asing sebagai pusat pengeluaran produk halal, mengukuhkan lagi kedudukan negara sebagai hab halal global.



Selain limpahan ekonomi di peringkat negara, industri halal negara juga berhasil membawa masuk syarikat multinasional untuk melabur seperti Coca-Cola, F&N, Nestle, Kellogg’s dan Hershey’s.

Lebih signifikan, menurutnya, industri halal menyumbang 7.4% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2022 (RM108.5 bilion) dan dijangka meningkat kepada 10.8% menjelang 2030 (RM231.1 bilion).

Secara keseluruhan, statistik dan perkembangan terkini ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin dalam menerajui industri halal global.

Sehubungan itu, Reezal berkata, Matrade memahami kebimbangan syarikat Malaysia dan akan kekal komited untuk terus memberi sokongan diperlukan bagi memastikan pensijilan halal merupakan proses yang memberikan faedah dan bukan bebanan kepada syarikat Malaysia, terutamanya pengeksport.



Komitmen teguh Malaysia terhadap amalan halal terus memberi inspirasi dan membina keyakinan di peringkat global, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam industri yang pesat berkembang ini. FMT

Sijil halal bantu perluas produk, bukan beban buat syarikat – Matrade

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker