Taufan Super Yagi melanda Vietnam

Taufan Super Yagi melanda Vietnam

Hai Phong: Seorang maut manakala ribuan pokok tumbang dan kapal dan bot hanyut ke laut selepas Taufan Super Yagi melanda utara Vietnam, hari ini.

Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan, berkata, taufan itu melanda wilayah Hai Phong dan Quang Ninh, dengan kelajuan angin melebihi 149 kilometer sejam (kph).

Di Hai Phong, kepingan bumbung logam dan papan tanda dilihat berterbangan sewaktu taufan melanda.

Sementara itu, media kerajaan melaporkan seorang lelaki maut di jalan raya akibat pokok tumbang di pedalaman wilayah Hai Duong.

Sebelum melanda tanah besar, taufan itu sudah mencabut ratusan pokok di pulau Co To, kira-kira 80 kilometer dari tanah besar Quang Ninh.

Beberapa bumbung bangunan pejabat, sekolah dan rumah di pulau itu turut diterbangkan akibat angin kencang.

Papan tanda dilihat berselerak manakala talian elektrik terputus dan berselirat ditiup angin.

Pihak berkuasa tempatan berkata, taufan itu adalah yang paling buruk melanda pulau itu dalam beberapa dekad.

Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh turut menggesa pihak berkuasa tempatan memindahkan penduduk dari kawasan berbahaya sebelum ribut melanda malah menasihati, penduduk lain untuk berada di dalam rumah.

Di utara Hai Phong, Thai Binh dan Hanoi, pihak berkuasa tempatan melaporkan, kira-kira 20,000 orang dipindahkan dan diletakkan di tempat yang lebih selamat dan lebih tinggi.

Ramai mangsa juga berlindung di sekolah, tadika, dan bangunan awam yang lain.

Kementerian Pertahanan berkata, lebih 457,000, dikerah jabatan penyelamat manakala kira-kira 2,000 kenderaan dan enam pesawat dihantar untuk menangani situasi akibat taufan itu. HM

Taufan Super Yagi melanda Vietnam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker