Muhyiddin dakwa Bersatu kini terancam

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menggesa ahli partinya kekal tabah dalam menghadapi politik kotor, tidak demokratik dan tidak berperlembagaan yang dimainkan lawan.

Dalam kenyataan sempena ulang tahun kelapan Bersatu, beliau berkata, asas parti itu kini berdepan ancaman terbuka.

“Perjuangan kita untuk mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan agama Islam tanpa menjejaskan hak kaum dan agama lain sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dikatakan kesalahan 3R (kaum, agama dan diraja).

Kita akan dituduh menghasut dan boleh didakwa di mahkamah, walaupun tujuan kita semata-mata untuk menegakkan perjuangan parti kita yang sah,



 katanya sambil menambah pengkritik parti itu ingin menutup mulut mereka.

Muhyiddin mendakwa kerajaan sedia ada, ketika menjadi pembangkang, memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat atas nama reformasi.

“Hari ini, mereka tanpa segan silu menggunakan instrumen undang-undang dan institusi kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat, khususnya lawan politik mereka.

Apa tujuan mereka? Tidak ada tujuan lain selain kepentingan politik.



Bulan lalu, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Gua Musang atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin dalam ucapannya mempersoalkan mengapa beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas PRU15, walaupun mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen.

Minggu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd di Kuala Lumpur dalam siasatan ke atas projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion.

Pada 2011, YTL Communications diberikan projek 1BestariNet yang dimulakan Muhyiddin ketika menjadi menteri pendidikan di bawah kerajaan pimpinan Najib Razak.



Bersatu turut berdepan krisis apabila enam Ahli Parlimennya dan seorang Adun mengisytihar sokongan kepada kerajaan semasa.

Muhyiddin menggesa semua ahli Bersatu mengakui walaupun parti itu hanya berusia lapan tahun, perjuangan mereka merentas masa dan sejarah panjang.

Walau ribut dan badai melanda, walau kilat dan halilintar menggoncang alam semesta, istiqamahlah dalam perjuangan ini. Jika bukan anda, siapa lagi yang akan menjulang obor dan panji-panji perjuangan suci demi agama, bangsa dan tanah air ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan



Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja



Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker