Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
Tidak wajar hidang kisah dongeng untuk angkat kehebatan Melayu
Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
Umat Islam tidak wajar dihidangkan dengan kisah dongeng dan andaian atas nama mengangkat kehebatan bangsa Melayu.
Apatah lagi, kata Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, kisah itu menyentuh mengenai nasab yang jelas melibatkan isteri Rasulullah SAW yang mahu diselewengkan dan didustakan kononnya berketurunan Melayu.
Lebih malang, tambahnya, ada yang percaya kepada kisah dongeng itu kerana teruja dengan maklumat yang kononnya baharu bagi mereka.
Menjelaskan lebih lanjut, Mohd. Khairuddin berkata, nasab isteri Rasulullah SAW, Sayidatina Khadijah RA adalah sangat jelas daripada keturunan Arab.
“(Keturunan itu) sama ada menerusi bapa atau ibunya kedua-duanya sampai kepada Adnan daripada zuriat Ismail Alaihissalam. Beliau bertemu nasab dengan Nabi (SAW) pada moyang mereka iaitu Qusay bin Kilab.
“Semuanya masyhur tercatat dalam karya-karya nasab yang dikarang oleh para ulamak,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau.
Sebelum ini, tular video seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Solehah Yaacob yang didakwa mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu.
Bagaimanapun selepas video itu mencetuskan kontroversi, Solehah menerusi laman sosial Facebook mendakwa, beliau tidak pernah menyebut Khadijah berasal dari Tanah Melayu.
Sebaliknya, ujar beliau, video ‘Khadijah al-Khuwailid adalah dari alam Melayu’ itu dibuat oleh individu yang memotong sebahagian daripada video ceramahnya.
Ekoran isu itu juga, UIAM dalam kenyataan memaklumkan sudah mengambi tindakan sewajarnya terhadap seorang pensyarah Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan AbdulHamid AbuSulayman yang dilihat menyebabkan kekeliruan umum di media sosial. MG
Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
Baca Artikel Menarik:
- Tak serik menyundal, wanita didenda kali kedua oleh mahkamah
- 4 amaran awal lubang benam, tanah runtuh di jalan raya
- Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim
- PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri
- Tanah perkuburan Islam bertingkat
- Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie
- Satu lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
- Lori rempuh kedai arak, 10 maut
- Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
- Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis
- Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial
- Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
- Perkahwinan Fazura sedang bergelora?
- Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid
- Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok