Projek kereta kabel ke Gua Hira bakal dibina

Projek kereta kabel ke Gua Hira bakal dibina

Riyadh: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan projek sistem kereta kabel ke Gua Hira, yang dijangka beroperasi pada tahun depan.

Arabian Business melaporkan, projek itu bertujuan memudahkan akses ke Gua Hira di Jabal Nur. Gunung itu setinggi 634 meter dan terletak kira-kira empat kilometer (km) dari Masjidilharam.



Matlamat projek itu adalah untuk meningkatkan pengalaman ziarah dan memudahkan orang ramai untuk melawat mercu tanda bersejarah dalam agama Islam.

Bercakap dengan saluran televisyen Arab, Al Arabiya, Ketua Pegawai Eksekutif Samaya Investment Company, Fawaz Al-Muhrej mengesahkan bahawa projek kereta kabel itu akan beroperasi pada tahun depan.

Menurut Fawaz, projek itu hampir siap dan akan menyediakan jemaah haji dan umrah serta pelancong, dengan laluan kontemporari dan mudah untuk mengakses Gua Hira.

Katanya, projek kereta kabel itu adalah sebahagian daripada ‘Daerah Budaya Hira’, yang dibuka tahun lalu di Arab Saudi dan menjangkau keluasan lebih 67,000 meter persegi. Daerah budaya itu terletak berhampiran Jabal Nur.



Gua Hira adalah tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama.

Sebelum ini, akses ke Gua Hira adalah sukar kerana ketinggian gunung dan laluan berliku yang menghala ke sana.

Bagaimanapun, tahun ini menyaksikan penambahan jalan berturap untuk menambah baik akses di situ. HM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker