Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta pemilik motosikal dalam video tular yang mendakwa ‘diganggu’ dua anggota polis untuk tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pemilik motosikal berkenaan boleh hadir ke mana-mana balai polis berdekatan untuk membuat laporan.
Menurut beliau, pihaknya mengesan rakaman CCTV berdurasi tiga minit 18 saat berhubung kejadian tular itu di media sosial jam 1 tengahari, 31 Ogos lalu.
Dalam rakaman itu, petugas rondaan cegah jenayah dari Balai Polis Kampung Baru Subang dilihat mendekati sebuah motosikal yang ditempatkan di stesen minyak Petron, Subang Perdana.
Jelas beliau, pemeriksaan kenderaan adalah tugas harian setiap petugas rondaan cegah jenayah di lapangan.
“Sehubungan itu, pemilik motosikal turut diminta tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan.
“Polis Daerah Sungai Buloh menasihati masyarakat amnya di Sungai Buloh agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan rakaman video yang boleh menjatuhkan imej PDRM,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mohd. Hafiz, kenyataan atau rakaman video yang dikeluarkan tanpa kesahihan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. MG
Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
Baca Artikel Menarik:
- Operasi SAR mangsa tanah jerlus dihentikan – Nor Hisham
- Mata ini menangis dan hati ini bersedih – Isteri Da’i Syed
- Pemimpin PAS pertahan ada beg LV lepas dakwa ‘rakyat mati kelaparan’
- ‘Saya Wiwi Darvinda meminta maaf kepada Puteri Sarah’
- Pesakit psikiatri merajuk dimarahi, lari ke hutan
- Dengan memboikot dapatkah membantu Gaza, soal Duta AS
- Hadi sanggah kata-kata sendiri
- Hamidin dedah punca Pan Gon letak jawatan
- Patung Buddha rosak disyaki angkara pemain nombor ekor
- Kereta jatuh dalam tanah jerlus, 2 cedera
- Mayat bayi disimen bawah lantai, penyewa terakhir mengandung, lari sebulan lalu
- Abdullah Sani pertahan bawa pistol ke stadium
- Orang miskin nak duk mana – Anwar
- Saya tahu segala pergerakan mereka, guna aplikasi penjejak dalam telefon bimbit – KPN
- Ini satu pertuduhan yang mengarut – Dr Raduan Che Rose
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.
Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin