Pesakit psikiatri merajuk dimarahi, lari ke hutan

Pesakit psikiatri merajuk dimarahi, lari ke hutan

ALOR GAJAH: Seorang lelaki yang juga pesakit psikiatri tersesat hampir dua jam di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Taman Belimbing Harmoni, di sini, malam tadi.

Terdahulu, mangsa, 20, dikatakan lari ke hutan terbabit selepas merajuk akibat dimarahi sambil dikejar abangnya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hamizan Mohd Husin berkata, lapan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi untuk membantu mencari mangsa sebaik menerima panggilan jam 9.06 malam.

“Mangsa ditemukan ketakutan di kawasan curam di hutan berkenaan selepas lebih setengah jam pencarian dilakukan.

“Mangsa dibawa keluar dari hutan berkenaan dan dihantar pulang selepas disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. BH

Pesakit psikiatri merajuk dimarahi, lari ke hutan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker