Bicara kes rasuah anak Hamzah Mac 2025

Bicara kes rasuah anak Hamzah Mac 2025

Perbicaraan kes perunding bebas Muhammad Faisal Hamzah yang juga anak kepada bekas menteri dalam negeri yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 akan bermula 24 Mac tahun depan di Mahkamah Sesyen.

Hakim Rosli Ahmad menetapkan tarikh perbicaraan selama 15 hari pada 24 hingga 28 Mac, 14 hingga 18 April dan 21 hingga 25 April 2025 selepas Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ikhwan Zaudii Nordin memaklumkan pihaknya menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pembelaan.



Pihak pendakwaan akan mengemukakan kira-kira 21 saksi, katanya pada prosiding sebutan kes.

Peguam Chetan Jethwani yang mewakili tertuduh mengesahkan perkara berkenaan dan memohon satu tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan bermula bagi memuktamadkan dokumen berkaitan kes dan pernyataan saksi.

Sehubungan dengan itu, mahkamah menetapkan 21 Feb 2025 untuk pengurusan kes.

Faisal, 40, anak kepada Hamzah Zainudin didakwa menerima wang berkenaan daripada Izmir Abd Hamid sebagai upah bagi Heitech Padu Berhad melantik Syarikat Rimba Merpati dan Syarikat Per My Solutions sebagai konsultan pemasaran disebabkan pengaruh yang dimiliki tertuduh.



Syarikat berkenaan dibayar komisen berjumlah RM700,000 selepas Heitech Padu dianugerahkan Tender Supply, Rental, Implementation, Training, Support and Maintenance of Security Infrastructure bernilai RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat di pusat beli-belah, Jalan Dutamas 1 di sini pada Mac 2018 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi. FMT

Bicara kes rasuah anak Hamzah Mac 2025



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker