Jurutera JPS ditemui selamat

Faizal sudah ditemui dengan selamat - Isteri

Jurutera JPS ditemui selamat

KOTA BHARU: Jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Faizal Ahmad yang dilapor hilang sejak 16 Ogos lalu, sudah ditemui.

Isterinya, Nurul Ain Muhammad Mudzafar, 39, mengesahkan penemuan suaminya itu melalui aplikasi WhatsApp pada 12.52 tengah malam tadi.



Dia turut memaklumkan tidak dapat berkongsi maklumat lanjut berhubung penemuan Faizal, 39, atas sebab peribadi.

“Selain itu, kami juga sudah memaklumkan kepada pihak polis tentang penemuan ini.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia dan pihak media yang membantu membuat hebahan pencarian suaminya sehingga dia berjaya ditemui dengan selamat,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Faizal tidak pulang ke rumah sejak 10 hari lalu dengan Nurul Ain memaklumkan kali terakhir bertemu suaminya pada petang 16 Ogos sebelum mangsa keluar bekerja pada 4.30 petang. BH



Jurutera JPS ditemui selamat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker