Sebab Ronaldo enggan bertatu

Sebab Ronaldo enggan bertatu

Tidak seperti pemain bola sepak lain, Cristiano Ronaldo enggan membuat tatu dan dia mempunyai sebab memegang prinsip berkenaan.

Dalam bola sepak moden, tatu dan pemain bola sepak sering berkaitan kerana kebanyakan pemain terbaik sering bertatu di badan mereka.

Pemain seperti Lionel Messi, David Beckham, Neymar Jr dan Zlatan Ibrahimovic kesemuanya tanpa segan silu mempamerkan tatu mereka, tetapi seorang pemain yang enggan bertatu ialah Ronaldo.

Ini kerana pemain berusia 39 tahun itu mempunyai alasan kukuh mengapa dia tidak akan pernah bertatu.

Pada 2012, pemain bola sepak Portugal itu mendedahkan kepada laman web berita Itali Diretta bahawa dia tidak akan bertatu supaya boleh ‘menderma darah lebih kerap’.

Selepas bertatu atau menindik kulit, penderma darah mesti menunggu sekurang-kurangnya empat bulan sebelum mereka boleh menderma semula, menurut NHS.

Oleh itu, Ronaldo enggan mendapatkan sebarang bentuk tatu atau tindikan pada badannya kerana dia menjadi penderma darah tetap dan penderma sum-sum tulang berdaftar sejak 2011, apabila rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Portugal, Carlos Martins mendedahkan bahawa anaknya telah disahkan menghidap leukemia dan memerlukan pemindahan darah dan sumsum tulang.

Bercakap kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Cope pada 2013, melalui The Sun, Ronaldo berkata: “Dia memberitahu kami mengenai masalah dengan anaknya dan kami sebagai bekas pemain menunjukkan kesepaduan yang hebat.

“(Menderma sumsum tulang) adalah sesuatu yang ramai orang fikir perkara yang sukar untuk dilakukan tetapi ia tidak menyakitkan,.” HM

Sebab Ronaldo enggan bertatu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker