Pemandu bas didakwa cabul penumpang wanita direman

Pemandu bas didakwa cabul penumpang wanita direman

KEMAMAN – Seorang pemandu kedua sebuah bas ekspres ditahan reman selama tiga hari sehingga lusa bagi membantu siasatan mencabul seorang penumpang wanita pada Jumaat lalu.

Perintah reman itu dibenarkan Hakim Wan Suhaila Mohd. di Mahkamah Seysen di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 28 tahun yang sebelum ini diburu berjaya ditahan di Kuala Terengganu pada pukul 5 petang kelmarin.

“Sebelum ini, seorang jurujal wanita berusia 23 tahun mendakwa dicabul pemandu kedua bas itu sewaktu sedang tidur di tempat duduk belakang tingkat dua bas ekspres berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online 24 Ogos lalu melaporkan perbuatan amang seksual fizikal tersebut didakwa berlaku sewaktu bas ekspres berkenaan tiba di Plaza Tol Chukai di sini pada pukul 11.30 malam. K Online

Pemandu bas didakwa cabul penumpang wanita direman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker