Reman suspek bunuh kanak-kanak Orang Asli dilanjutkan

IPOH: Suspek yang disyaki membunuh kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di Sungai Siput, minggu lalu, disambung reman enam hari sehingga 30 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata tempoh seminggu reman remaja lelaki berumur 17 tahun itu yang sepatutnya berakhir hari ini, disambung semula hingga ke tarikh itu.

“Reman suspek disambung sehingga 30 Ogos,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.



Terdahulu, suspek yang juga mempunyai pertalian darah dengan mangsa direman tujuh hari bermula 19 Ogos lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kerana membunuh.

Sabtu minggu lalu, mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, pada jam 4.20 petang, hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat sehari sebelumnya.

Mohd Khaizam, sebelum ini mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh selain disyaki dirogol, berdasarkan hasil bedah siasat yang menemukan terdapat kecederaan akibat tekanan pada leher mangsa selain kesan koyakan yang turut ditemukan pada kemaluan mangsa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen



Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib



Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker